Bagi yang teringin menikmati nasi arab yang sedap, apa kata cuba resipi nasi maklubah oleh Cef Ammar ini. Sedap dan pasti puas hati.

BAHAN
2 kg beras basmati
15 ketul paha ayam
1 biji kubis bunga – potong kecil
2 batang lobak Merah – hiris nipis
3 sudu besar rempah maklubah Chef Ammar – dapatkan disini
2 labu bawang Holland – potong dadu
12 ulas bawang putih
6 tangkai daun ketumbar – hiris
2 sudu besar minyak sapi
Garam

CARA
1.Basuh beras dan rendam selama 30 minit.
2.Panaskan minyak sapi, goreng lobak merah dan kubis bunga. Angkat dan ketepikan.
3.Panaskan minyak sapi, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi. Masukkan rempah maklubah dan air serta garam. Diikuti dengan ayam, reneh sehingga 60% masak. Kemudian, keluarkan ayam dan asingkan. Lebihan stok ayam, jangan dibuang.
4.Di dalam periuk besar yang lain, masukkan beras setinggi 1 inci, ratakan beras ke semua permukaan periuk. Jadikan ia lapisan pertama.
5.Kemudian, masukkan paha ayam yang telah di rebus tadi. Susun semua menjadi lapisan ke dua.
6.Masukkan baki beras di atas ayam tadi untuk lapisan ketiga. Ratakan ke semua permukaan.
7.Sambung lapisan ke empat dengan bunga kubis dan lobak merah.
8.Tutup semua lapisan dengan beras. Ia merupakan lapisan ke lima dan terakhir.
9.Kemudian masukkan stok rebusan ayam tadi. Kuantiti air adalah 3 kg untuk kandungan beras seberat 2 kg.
10.Tanak nasi dengan api kuat pada peringkat permulaan dan api sederhana pada peringkat pertengahan sehingga selesai. Setelah nasi masak, terbalikkan periuk nasi di atas talam yang besar. Taburkan hirisan daun ketumbar dan hidangkan.

Resipi: Cef Ammar