416 ditahan langgar SOP, 44 daripadanya direman – TPM

Dari Penulis

SERAMAI 416 individu ditahan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam dengan 372 individu dikompaun dan 44 orang direman.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 97 individu melakukan kesalahan merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran serta makan dan minum dalam premis.

“Kesalahan lain adalah tiada penjarakan fizikal (35), individu gagal mendaftar masuk premis (74), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (43), membawa penumpang berlebihan (39), tidak memakai pelitup muka (58), premis gagal patuhi arahan (6) dan lain-lain (64),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 90,214 pemeriksaan semalam.

“Ia melibatkan 4,880 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,245 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP,” katanya.

BERITA BERKAITAN 63 premis diarah tutup, 547 ditahan ingkar SOP

Beliau juga berkata, seramai 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan empat kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng, semalam.

Menurutnya, dalam operasi itu, masing-masing satu bot dan kenderaan darat dikesan menceroboh di perairan negara, melalui tiga aktiviti penglihatan.

Dalam itu, katanya, seramai 478 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan dikuarantin di stesen kuarantin seluruh negara, semalam, menjadikan kumulatif 248,019 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai tahun lalu.

Ismail Sabri berkata, mereka ditempatkan di 83 hotel serta 10 institut latihan awam termasuk institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 9,860 individu dikuarantin dan 234,988 orang dibenarkan pulang, manakala 3,171 lagi dibawa ke hospital.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga melakukan 2,592 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 2,586 premis mematuhi SOP, lima dikompaun manakala satu lagi diberi amaran,” katanya. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas sifatkan keputusan kes Indira Gandhi kemenangan pertahan akidah Islam

DEWAN Ulamak Pas Pusat (DUPP) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Indira Gandhi dan 13 individu...

More Articles Like This