Kedai komputer, buku, alat tulis beroperasi esok

Dari Penulis

SEMUA kedai  komputer dan Telekomunikasi serta Kedai Buku dan Alat Tulis dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa mulai esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  kebenaran diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa gangguan.  

‘’Selain itu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai penguatkuasaan di kilang dan premis perniagaan, Ismail Sabri berkata, 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Katanya tindakan itu dilakukan melalui Operasi Pematuhan yang melaksanakan

80,339 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang. 

 ‘’Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This