Orang sihat pun boleh alami kemurungan – Syafiq Kyle

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TEKANAN hidup, gangguan aktiviti harian, kehilangan kerja dan beban hutang yang terpaksa ditanggung dikala fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini boleh menimbulkan stres yang sukar dibendung.

Faktor stres itu boleh berlaku kepada sesiapa dan jika tidak dtangani dengan segera, ia akan menyebabkan kemurungan yang sukar di kawal hingga menyebabkan kelakuan luar sedar seperti bunuh diri akan terjadi.

Bagi pelakon Syafiq Kyle, sebagai seorang anak seni yang terjejas dari segi pekerjaan dan kewangan, dia turut melahirkan kebimbangan dengan statistik laporan kes bunuh diri yang semakin meningkat.

Kata Syafiq atau Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, dia mungkin berdepan dengan perkara sama jika tidak memampu mengawal kesihatan mentalnya.

“Kes bunuh diri dan kemurungan dalam negara kita semakin meningkat lebih-lebih lagi di fasa pandemik Covid-19. Syukur sangat-sangat saya tidak berdepan dengan masalah kemurungan.

“Tapi saya perlu beri kesedaran mengenai isu itu dan saya tak terkejut jika saya ada kemurungan dikala situasi sekarang ini…orang yang sihat pun berkemungkinan boleh menghadapi masalah itu juga.

“Sebab itulah dalam keadaan sekarang ini kita kena mengutamakan kesihatan mental…kena kuatkan mental. Kita kena dekat kan diri dengan Allah dan jangan banyak mengeluh dengan apa yang terjadi.

“”Sebolehnya, kita jangan terlalu banyak berfikir sehingga boleh merosakkan mental. Bila kita menjaga kesihatan mental, saya percaya, Allah akan permudahkan jalan untuk kita…Insya-Alalh,” katanya kepada URTV.

Syafiq berkata demikian ketika sidang media drama Suara Hati yang diadakan secara maya, semalam (Rabu).

Sementara itu, aktor berusia 29 tahun mengakui penggiat seni dan pekerja belakang tabir antara yang teruk terkesan sejak kerajaan melaksanakan PKP.

“Ramai anak seni terjejas disebabkan Covid-19. Mereka (anak seni) yang kena kerja dulu baru dapat gaji dan ada juga dibayar mengikut projek.

“Itu pun saya tak pasti sama ada bayaran yang mereka dapat itu cukup atau tidak buat mereka. Bagi saya, pasti ada jalan untuk mengubah hidup masing-masing. Insya-Allah banyakkan berdoa.

“Kalau saya, alhamdulillah tidaklah teruk sangat terjejas dari segi kewangan tapi kena tetap jaga kesihatan mental.

“Percayalah pada rezeki…Allah tak kejam dan akan tolong sesiapa sahaja yang tidak jemu berdoa,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq bakal bergandingan dengan pelakon Hanna Aqeela, Aidil Aziz, Zeera Hafiz dan ramai lagi dalam drama Suara Hati.

Ia bakal mengisi slot Tiara secara eksklusif pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang mulai 19 Julai di Astro Prima (105).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lancar hab baharu di Cyberjaya, TV AlHijrah janji kualiti siaran lebih mantap

STESEN televisyen Islamik utama negara, TV AlHijrah, melakar satu lagi penanda aras penting dalam landskap penyiaran tempatan apabila merasmikan...

More Articles Like This