Covid-19 tak halang Khai Bahar lancar single Sengsara

Dari Penulis

WALAUPUN pandemik Covid-19 masih belum pulih, namun ia tidak menghalang penyanyi Khai Bahar untuk berkarya sekali gus melancarkan single terbaharu berjudul Sengsara.

Lebih menarik lagi, Sengsara yang merupakan hasil ciptaan John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K itu turut dijadikan lagu runut bunyi (OST) untuk filem Dendam Penunggu.

Dendam Penunggu merupakan filem eksklusif pertama dari tonton CINEMA dan akan menemui penonton pada bulan Ogos depan.

“Syukur alhamdulillah saya sangat berbesar hati apabila pihak Monkey Bone menawarkan kepada saya untuk menyanyikan lagu Sengsara yang dijadikan OST filem Dendam Penunggu.

“Saya dapat tawaran untuk menyanyikan lagu ini sebenarnya pada saat akhir tetapi saya terus bersetuju tanpa fikir panjang sebab diberikan peluang kerana lagu ni sangat sedap dan unik.

“Alhamdulillah sempat disiapkan walaupun ada cabaran tersendiri dengan keadaan pandemik Covid-19 di negara kita. Harapnya lagu ini akan dapat dihayati dan diterima oleh pendengar semua. Saya pun tidak sabar nak menonton filem Dendam Penunggu ini pada bulan Ogos nanti,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari peminat tegar ke rakan sepentas! Insomniacks cipta sejarah buka tirai konsert 5SOS di Malaysia

IMPIAN sedekad yang selama ini hanya tersemat di dada akhirnya terungkai dengan penuh gemilang!  Kumpulan pop-rock tempatan kegilaan ramai, Insomniacks,...

More Articles Like This