amalan pada hari arafah

Hari Arafah adalah hari yang paling istimewa dalam syariat Islam sepertimana yang disebutkan dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w. Umat Islam amat digalakkan untuk memenuhi hari ini dengan beberapa amalan yang mendatangkan rahmat serta barakah dari Allah S.W.T.

Menurut Abu Qatadah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,

Puasa Arafat dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Puasa Asyura (10 Muharam) akan menghapus dosa setahun yang lalu” HR Muslim

Keutamaan dalam 10 hari pertama Dzulhijjah juga tidak dinafikan lagi melalui hadis Baginda s.a.w. Menurut Baginda, sebaik-baik hari untuk berdoa adalah pada hari Arafah dan 10 hari pertama. Dari Ibnu Abbas r.a. dari Baginda s.a.w.

“Tidak ada amalan saleh yang lebih dicintai Allah daripada beramal di hari-hari ini. Maksud beliau adalah hari-hari yang sepuluh. Sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, walaupun jihad fi sabilillah?”

Beliau menjawab, “ya! Walaupun jihad fi sabilillah, kecuali seseorang yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya. Lalu dari jihad itu dia tidak pulang lagi dengan membawa satu apa pun” HR Bukhari

Dalam perihal 10 hari pertama ini kenapa ia dianggap sebagai hari yang paling istimewa kerana menurut Ibnu Hajar al-Asqalani,

“alasan yang menjadikan 10 hari pertama dalam bulan Dzulhijjah adalah sangat istimewa adalah kerana ibadah-ibadah utama dalam Islam terkumpul dan tertumpul pada waktu ini. Antara ibadah tersebut adalah solat, puasa, sedekah dan haji. Ibadah-ibadah ini tidak terdapat dalam hari-hari yang lain”

Tahun ini umat Islam mengerjakan haji dengan norma-norma baharu saat pandemik covid19 masih menyerang.

Sebaik-baik berdoa kata Rasulullah s.a.w. pada hari Arafah. Inilah waktu paling mustajab untuk kita berdoa dan insya Allah akan diperkenankan Allah S.W.T. Kerana itu bagi umat Islam yang tidak dapat melaksanakan ibadah haji, manfaatkanlah hari ini dengan perbanyakkan berdoa kepada Allah.

Amalan hari Arafah

Antara perkara yang boleh kita lakukan pada hari ini ialah:

Pertama, memperbanyakkan doa kerana sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.

Kedua, masuk waktu maghrib nanti dianjurkan membaca, “Laa ilaha Illallah, Wahdahu la syarikalah, Lahul mulku walahul hamdu, wa huwa a’la kulli syai-in qadir

Ketiga, bertakbir pada usai subuh hari ini (hari arafah) hingga hari Tasyrik terakhir setiap kali lepas solat.

Keempat, berpuasa hari Arafah kerana ganjarannya dapat menghapuskan dosa

Kelima, menghidupkan hari arafah dengan amal saleh yang lain seperti memperbanyakkan sedekah, zikir, membaca al-Quran dan lain-lain lagi. Wallahu a’lam

____________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram