Tiada isu suntik vaksin kosong di BACC, hanya salah faham

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA isu melibatkan suntikan vaksin kosong berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), sebaliknya ia disebabkan salah faham yang berlaku antara petugas dan penerima vaksin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis telah menerima laporan daripada Ketua Pegawai Eksekutif PPV BACC pada pukul 2.50 petang Ahad lalu berkaitan isu tersebut.

Kata beliau, laporan polis itu dibuat bagi menafikan satu ciapan di Twitter yang tular berkaitan kenyataan seorang lelaki penerima vaksin nyaris disuntik dengan vaksin kosong ketika pergi mendapatkan suntikan hari sebelumnya.

Walau bagaimanapun, kata beliau, tiada sebarang gambar dan video berkaitan kejadian berkenaan ditularkan.

Hasil siasatan polis, beliau berkata, petugas di PPV berkenaan telah pun berhubung dan menerangkan dengan jelas prosedur pengambilan vaksin kepada lelaki tersebut dan penerima telah pun berpuas hati.

“Ia merupakan salah faham dimana lelaki itu menyangka dirinya telah disuntikan dengan vaksin kosong tetapi kejadian sebenar, dia telah pun disuntik dengan vaksin jenis Sinovac.

Baca artikel berkaitan: Suntikan vaksin kosong, CITF ambil tindakan tatatertib

“Setakat ini, tiada apa-apa laporan polis dibuat oleh penerima vaksin tersebut atau mana-mana individu berkaitan dakwaan hampir ditipu ketika menerima suntikan vaksin di PPV berkenaan.

“Laporan polis hanya dibuat pihak BACC untuk menjelaskan dan menafikan perkara tersebut (vaksin kosong) adalah tidak berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaid berkata, kes telah disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Beliau memaklumkan, siasatan mendapati ciapan di ruangan komen Twitter tersebut dibuat oleh teman wanita penerima vaksin tersebut yang menyebabkan ia tular dan mendapat pandangan negatif daripada masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan atau ciapan yang tidak pasti kebenarannya terutama bagi isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin.

“Ini bagi mengelakkan salah tanggapan atau pandangan serong daripada masyarakat serta boleh mendatangkan kegusaran dan menganggu-gugat ketenteraman awam berkaitan isu pemberian vaksin,” jelas beliau.

Semalam, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan memaklumkan tindakan tatatertib telah diambil terhadap petugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Kedah berhubung isu suntikan vaksin kosong.

CITF berkata, kes itu berlaku di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah pada 17 Julai lalu.

CITF memaklumkan, dua lagi dakwaan suntikan vaksin kosong berlaku di Lembah Klang baru-baru ini.

Ia melibatkan PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 17 Julai lalu, dengan laporan polis dibuat orang awam, manakala penyedia perkhidmatan kesihatan membuat laporan polis berhubung dakwaan di PPV (BACC).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This