Video tular kebenaran rentas negeri palsu – KKM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENULARAN sebuah video yang tular dalam media sosial baru-baru ini kononnya kerajaan telah memberi kebenaran untuk rentas negeri adalah palsu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), video berdurasi 20 saat itu telah disunting dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp bagi mengelirukan orang ramai.

KKM malah menafikan kenyataan petikan video yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang lengkap menerima dos vaksin, seperti yang tular dalam media sosial.

“Petikan video tular yang dimaksudkan merupakan video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lalu yang berdurasi selama satu minit serta telah disunting dan disebarkan.

“KKM menasihati masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Rentas negeri, tak boleh solat raya berjemaah di Perlis

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, sebarang keputusan bagi kelonggaran kepada penerima dua doa dimuktamadkan Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamtan Negara (MKN) akan dibuat secara menyeluruh bagi mengelak risiko penularan jangkitan pada masa depan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan yakin perkara itu masih boleh dilaksanakan dengan kajian menyeluruh.

Katanya, kajian untuk memberikan kelonggaran tersebut akan dibuat bersandarkan beberapa faktor, termasuk model pelaksanaan di negara jiran dan fakta sains, selain mengambil kira pandangan pakar kesihatan.

Ismail Sabri berkata, negara jiran termasuk Singapura misalnya masih giat mempertimbangkan kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin, memandangkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang berubah-ubah.

Kata beliau, Singapura sebelum ini membenarkan kelonggaran untuk makan di kedai namun mula menarik balik keputusan berkenaan kerana bimbang risiko penularan jangkitan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This