PADA 1 Julai lalu, peruntukan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan.
Peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada untuk memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara.
Ketika ini ahli-ahli Parlimen sibuk memastikan bantuan itu diedarkan secepat mungkin kepada penduduk di kawasan masing-masing.
Turut berbuat demikian ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yag mengedarkan bakul makanan tersebut di sekitar Parlimen berkenaan.
Baca artikel berkaitan: Peruntukan di bawah JanaNiaga bakal mencecah RM1.2 bilion
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyediakan tambahan 11,000 bantuan kotak makanan lagi bagi diagihkan kepada warga Parlimen tersebut yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.
Dalam kenyataan melalui Facebook beliau, Hamzah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kotak makanan yang telah dan sedang diagihkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Larut ialah 21,000 kotak.
‘’Mana-mana pihak yang masih belum menerima bantuan kotak makanan tersebut diminta untuk menghubungi Ketua Kampung atau pusat khidmat berkenaan,’’ katanya.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

