Tiada kad fizikal lengkap vaksin dikeluarkan, hanya digital

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN tidak mengeluarkan sebarang kad atau sijil lengkap pengambilan vaksin secara fizikal buat masa ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, kata beliau, ketika ini hanya ada sijil berbentuk digital dalam aplikasi MySejahtera dan boleh dicetak daripada laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV).

Menurut Khairy, selain sijil digital berkenaan, penerima vaksin juga diberikan kad vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) masing-masing.

“Setakat ini tidak ada kad fizikal. Hanya ada sijil digital MySejahtera sahaja.

“Selain itu, kad vaksinasi diberi di PPV. Itu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini.

Sementara itu, Khairy turut memaklumkan garis panduan dan syarat penjualan vaksin jenis Sinovac termasuk harga siling di pasaran tempatan akan diputuskan dalam mesyaurat JKJAV minggu hadapan.

Baca artikel berkaitan: Penerima vaksin dibenar rakam video, jururawat tunjuk picagari

Beliau berkata, vaksin jenis Sinovac akan mula dijual di pasaran swasta mulai Ogos ini.

“Pharmaniaga akan menjual vaksin Sinovac di pasaran swasta pada bulan Ogos tetapi dengan syarat dan garis panduan yang akan ditentukan.

“Garis panduan itu termasuk penetapan harga siling bagi memastikan vaksin terbabit tidak dijual pada harga tinggi,” jelas beliau.

Mengulas mengenai vaksin Sinovac, Khairy sekali lagi menegaskan vaksin jenis tersebut tidak dikeluarkan daripada senarai portfolio PICK, sebaliknya bekalan telah selesai diberi dan dihantar kepada kerajaan.

Jelas beliau, dakwaan mengatakan kerajaan menghentikan bekalan Sinovac adalah tidak benar.

“Saya ingin jelaskan bekalan Sinovac telah selesai diberi dan dihantar kepada kerajaan.

“Pharmaniaga telah hantar semua, malah kita telah tambah tempahan baharu sebab itu Sinovac mungkin akan diberi dalam kuantiti yang sedikit dalam PICK,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This