Antibodi vaksin Sinovac merosot selepas 6 bulan, suntikan ketiga membantu: Kajian

Dari Penulis

ANTIBODI terhasil daripada suntikan vaksin Covid-19 Sinovac merosot ke bawah paras ambang penting kira-kira enam bulan selepas dos kedua bagi kebanyakan penerima.

Menurut agensi berita Reuters yang memetik satu kajian makmal melaporkan, suntikan ketiga atau booster dapat membantu memberi kesan rangsangan antibodi yang kuat selepas itu.

Penyelidik China melaporkan penemuan itu daripada kajian ke atas sampel-sampel darah orang dewasa yang sihat berusia antara 18 dengan 59 tahun dalam satu dokumen kajian yang diterbitkan, kelmarin.

Dokumen kajian itu bagaimanapun belum disemak.

Menurut dokumen kajian tersebut, peserta yang menerima dua dos vaksin dengan jarak dua atau empat minggu antara kedua-duanya, masing-masing hanya mempunyai tahap antibodi 16.9 peratus dan 35.2 peratus melebihi paras ambang enam bulan selepas dos kedua.

Bacaan tersebut berdasarkan data daripada dua kohort yang melibatkan lebih 50 peserta setiap satu manakala kajian itu memberikan dos ketiga kepada seramai 540 peserta.

Kata kajian itu, apabila peserta dalam beberapa kohort diberi dos ketiga kira-kira enam bulan selepas suntikan kedua, ia sekali gus mempertahankan paras antibodi selepas 28 hari yang meningkat tiga hingga lima kali ganda berbanding paras yang dilihat empat minggu selepas dos kedua.

Kajian tersebut dijalankan oleh penyelidik di pihak berkuasa kawalan penyakit di wilayah Jiangsu, Sinovac dan institusi-institusi China yang lain.

Penyelidik bagaimanapun menegaskan, kajian itu tidak menguji kesan antibodi terhadap varian yang lebih mudah berjangkit dan kajian lebih lanjut diperlukan untuk menilai tempoh antibodi selepas suntikan ketiga. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This