Tajuddin Rahman dikompaun lagi tidak pakai pelitup muka

Dari Penulis

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata siasatan dilakukan selepas gambar Tajuiddin melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu tular.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati Tajuddin telah menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat. Pada hari yang sama, jam 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen.

“Atas pelanggaran SOP tersebut maka satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini (Selasa) jam 1 petang, nilai kompaun akan diputuskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan jangkitan pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Tajuddin pernah dikompaun atas kesalahan serupa iaitu gagal memakai pelitup mula semasa mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren LRT di stesen KLCC, pada 25 Mei.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MONSTA cipta sejarah disenarai finalis WIPO Global Awards 2026

SYARIKAT animasi tempatan, MONSTA mencipta sejarah apabila disenaraikan sebagai finalis WIPO Global Awards 2026, sekali gus mengharumkan nama Malaysia...

More Articles Like This