MDC Pusrawi, SuperBig kerjasama bangun rangkaian farmasi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HOSPITAL MDC Pusrawi yang dimiliki MDC Asia Link. Bhd. menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat berteraskan perniagaan farmasi, SuperBig Capital Bhd. bagi membangunkan rangkaian farmasi dalam industri kesihatan.

Kerjasama bagi membangunkan entiti baharu dikenali sebagai Pusrawi-SuperBig Pharmacy Sdn. Bhd. itu bukan sahaja menawarkan perkhidmatan farmasi di Hospital Pusrawi tetapi juga kepada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia Link, Dr. Aslan Bacho berkata, pihaknya menyasarkan tempoh selama tiga tahun bagi menyaksikan Pusrawi-SuperBig Pharmacy menjadi jenama farmasi kukuh dalam pasaran.

“Kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat ini sekali gus dapat membantu masyarakat yang berdepan dengan pelbagai masalah berkaitan kesihatan.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan bekalan ubat dan produk penjagaan kesihatan dengan mudah di cawangan farmasi kami nanti,” katanya.

Baca artikel berkaitan: MDC Asia bakal ambil alih Hospital Pusrawi Damansara RM8.5 juta

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara MDC Pusrawi dengan SuperBig.

MoU itu ditandatangani sendiri Aslan dan Ketua Pegawai Eksekutif SuperBig, Dr. Wan Sazrina Wan Zaid.

MDC Pusrawi yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Pusrawi kini dimiliki sepenuhnya oleh MDC Asia Link.

Mengulas lanjut, Aslan berkata, penubuhan syarikat berkenaan akan menyaksikan farmasi itu dijadikan sebagai anak syarikat bagi mana-mana kedua-dua syarikat induk bagi melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) pada masa depan.

Katanya, kerjasama strategik itu juga bakal memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam dunia usahawan kepada graduan farmasi.

“Selain itu, kita juga akan menyediakan khidmat nasihat kepada masyarakat berhubung pengambilan ubat-ubatan dengan betul,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan dibangkitkan terhadap projek Battersea Power Station tidak berasas

DUA laporan forensik yang dikemukakan berhubung dakwaan penilaian harga tidak munasabah (overvaluation) dalam projek Battersea Power Station merumuskan bahawa...

More Articles Like This