17 lokaliti di enam negeri kena PKPD mulai Sabtu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Sebanyak 17 lagi lokaliti yang terletak di lima negeri akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu mulai Sabtu ini.

Kesemua 17 lokaliti itu terletak di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, pelaksanaan PKPD di kesemua 17 lokaliti itu hanya akan tamat pada 13 Ogos depan.

Kata beliau, sebanyak tujuh daripada 17 lokaliti yang bakal diletakkan di bawah PKPD itu terletak di Sabah.

Beliau memaklumkan, dua lokaliti terletak dalam daerah Ranau iaitu melibatkan Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou.

Hishammuddin berkata, lokaliti dalam daerah Keningau dan Sipitang iaitu Kampung Bayangan serta Kampung Purakagis di Keningau dan Kampung Marintaman di Sipitang turut dilaksanakan PKPD.

“Dua lagi lokaliti adalah Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong di Telupid serta Kampung Airport Lama, Tawau turut dikenakan PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 39 lokaliti di Kelantan, Pahang dan Sabah dikenakan PKPD mulai Jumaat – Hishammuddin

Mengulas mengenai pelaksanaan PKPD di Kelantan, Hishammuddin berkata, arahan itu melibatkan dua lokaliti iaitu Kampung Lubok Stol, Pasir Mas dan Kampung Wek Batu 23, Machang.

Selain itu, satu lagi lokaliti adalah melibatkan Kampung Padang Kubu, Kemaman, Terengganu.

Katanya, Apartmen Amber Court dan Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands serta Felda Sungai Koyan 3, Lipis, Pahang turut terlibat dalam arahan PKPD.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, empat lokaliti dalam daerah Perak Tengah turut dikenakan PKPD.

“Kesemua lokaliti berkenaan melibatkan Kampung Biak Hilir dalam mukim Bandar manakala tiga lagi dalam mukim Pasir Salak iaitu Kampung Biak Darat; Kampung Biak Baroh dan sebahagian Kampung Pasir Salak.

“Bagi PKPD di Kedah pula, Taman Desa Bidara, Baling akan terlibat dalam pelaksanaan ini selama dua minggu,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This