Sebanyak 19,819 kes baharu dilaporkan yang juga rekod kes harian tertinggi.

SEBANYAK 19,819 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang juga penularan harian tertinggi yang pernah dilaporkan.

Sebelum ini kes baharu yang tertinggi pernah direkodkan adalah pada 31 Julai lalu dengan 17,786 kes.

Hari ini, Selangor dan Kuala Lumpur terus mencatatkan kes tertinggi dengan lebih separuh penularan direkodkan di Lembah Klang.

Selangor merekodkan 8,377 kes dan Kuala Lumpur, 2,467 kes.

Pada masa sama, terdapat tiga lagi negeri mencatatkan lebih seribu kes iaitu Kedah (1,371 kes), Johor (1,162 kes) dan Kelantan (1,003 kes).

Ini diikuti Sabah dengan 949 kes, Pulau Pinang (867 kes) dan Negeri Sembilan (800 kes).

Kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya, semua negeri mencatatkan lebih 400 kes.

Terendah hari ini ialah Labuan dengan lima kes manakala Perlis, 11 kes.

Baca artikel berkaitan: Kes naik semula 17,105, Perak dan Kelantan hampir 1,000

317 kes baharu kategori 3 hingga 5, 195 kematian

Sebanyak 19,819 kes baharu COVID-19 hari ini juga rekod baharu kes harian tertinggi.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 4 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,819 kes (1,183,110 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 8,377 (434,025)
WPKL – 2,467 (131,425)
Johor – 1,162 (95,387)
Sabah – 949 (88,848)
Sarawak – 552 (78,763)
Negeri Sembilan – 800 (74,778)
Kedah – 1,371 (50,657)
Pulau Pinang – 867 (48,917)
Kelantan – 1,003 (45,923)
Perak – 662 (40,749)
Melaka – 508 (33,531)
Pahang – 558 (26,773)
Terengganu – 481 (18,712)
WP Labuan – 5 (9,683)
WP Putrajaya – 46 (4,187)
Perlis – 11 (752)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram