PENYANYI sensasi, pereka fesyen dan mogul kecantikan, Rihanna kini merupakan pemuzik wanita paling kaya di dunia dengan nilai aset bersih berjumlah AS$1.7 billion (RM7.14 bilion).
Menerut laporan Majalah Forbes, Rihanna merupakan penghibur kedua terkaya di dunia selepas personaliti televisyen terkemuka dunia, Oprah Winfrey.
Difahamkan, AS$1.4 billion (RM5.8 bilion) kekayaan Rihanna merupakan hasil perniagaan kosmetiknya, Fenty Beauty.
Kekayaan tersebut adalah keuntungan bersih yang diperolehi Rihanna yang kebanyakan nya hasil pendapatan daripada jualan produk Fenty Beauty yang dimiliki bersama label mewah, LVMH.
Penyanyi berusia 37 tahun itu turut memiliki separuh atau 50 peratus daripada nilai keuntungan syarikat terbabit.
Kekayaannya itu tidak termasuk syarikat miliknya yang lain iaitu Savage X Fenty yang dianggarkan bernilai AS$70 juta (RM1.1 juta) termasuklah pendapatannya dalam kerjaya seni sebagai penyanyi dan pelakon.
Tahun lalu, pelantun lagu Umbrella itu diumumkan majalah Forbes sebagai wanita terkaya ‘self made’ di Amerika Syarikat (AS) dengan kekayaan bersih menjangkau RM2.4 bilion.
Untuk info, kategori ‘self made’ ialah gelaran yang diberikan kepada anak seni yang memiliki kekayaan atau aset menerusi hasil usaha sendiri tanpa mewarisi harta kekayaan keluarga.

