PENYANYI Rihanna kini selamat melahirkan bayi lelaki hasil perkongsian hidup dengan A$ap Rocky pada 13 Mei lalu.
Menerusi laporan TMZ, berita gembira itu dikongsikan sumber terdekat keluarga mereka yang memberitahu Rihanna melahirkan anak pertamanya itu di sebuah hospital di Los Angeles.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Rihanna atau A$ap Rocky.
Malah, nama anak sulung mereka tidak didedahkan kepada umum.
Rihanna mengumumkan mengenai kehamilannya pada penghujung Januari lalu selepas dia dan A$ap yang juga penyanyi rap dilihat keluar bersama.
Sejak mendedahkan berita dirinya berbadan dua, Rihanna dilihat kerap tampil dengan gaya seksi menampakkan perutnya.
Sebelum ini, A$ap didakwa curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan pereka fesyen Amina Muaddi.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

