Menyanyi sambil usap perut, Rihanna tayang ‘baby bump’ sebagai tanda hamil anak kedua

Dari Penulis

BELUM setahun usia kelahiran anak sulung, penyanyi terkenal Rihanna dikhabarkan sedang hamil cahaya mata kedua.

Rihanna muncul di acara Super Bowl Halftime Show 2023 di Arizona, Amerika Syarikat, baru-baru ini dengan perutnya kelihat sudah membesar.

Malah, Rihanna yang memakai baju berwarna merah dilihat mengusap perutnya seakan memberi bayangan dia sedang berbadan dua.

Menyanyikan lagu seperti We Found Lovw, Where Have You Been, Diamonds dan Work, Rihanna juga tidak menari lincah seperti kebiasaannya ketika berada di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Rihanna kini bergelar ibu kepada bayi lelaki, [VIDEO] Lepas 7 bulan, Rihanna kongsi wajah anak lelaki di TikTok. Ditonton lebih 15 juta orang!

Berbicara mengenai persembahannya itu, penyanyi berusia 35 tahun ini berkata, tawaran tersebut hadir selepas tiga bulan dia melahirkan anak pertama.

Luah Rihanna, pada mulanya dia berasa agak ragu-ragu untuk menerima tawaran acara pentas berkenaan.

“Super Bowl adalah satu pentas besar. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang penting apabila anak saya melihat persembahan ini bila dia dah besar nanti.

“Memilih senarai lagu dalam tempoh 13 minit persembahan adalah sesuatu yang sukar buat saya. Tapi saya pasukan saya berjaya lakukannya,” katanya.

Untuk rekod, Rihanna dan pasangannya, penyanyi rap A$AP Rocky menimang bayi lelaki pada 13 Mei 2022


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This