SELEPAS tujuh bulan melahirkan bayi sulung, akhirnya penyanyi Rihanna berkongsi wajah anak lelakinya itu kepada umum.
Penyanyi Umbrella itu memuat naik video berdurasi 45 saat di akaun TikTok beserta kapsyen ‘Hacked’ sekaligus ia merupakan perkongsian pertama Rihanna di laman sosial terbabit.
Si kecil itu yang berada di kerusi bayi dilihat tersenyum manis saat Rihanna sedang merekod keletahnya yang comel.
Walau bagaimanapun, Rihanna tidak berkongsi lanjut nama cahaya matanya itu.
“Kamu cuba ambil telefon Mommy?,” kata Rihanna kepada anaknya.
Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit sudah ditonton lebih 15 juta, sementara lebih 4 juta tanda suka.
Rihanna,34, melahirkan bayi lelakinya pada 13 Mei lalu, hasil hubungannya dengan A$AP Rocky.

