SELEPAS beberapa jam ditidurkan, penyanyi Siti Sarah yang sedang hamil lapan bulan telah menunjukkan perkembangan yang baik.
Menurut suami Sarah iaitu Shuib Sepahtu, isterinya itu akan menjalani pembedahan pada pukul 2 petang ini bagi mengeluarkan bayi mereka.
Hal tersebut dimaklumkan oleh pengurus Sarah dari syarikat rakaman Indigital Music, Nana Mohd. Rom.
“Paling mengharukan sebaik sahaja tamat bacaan Yassin, doktor memaklumkan paras oksigen Sarah semakin baik dan akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada pukul 2 petang ini.
“Insya-Allah dengan oembedahan tersebut dapat meneylematkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua.
“Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Siti Sarah masuk ICU , Oksigen menurun, Siti Sarah dikejarkan ke HOSPITAL , Siti Sarah, Shuib & anak-anak positif Covid-19

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

