Siti Sarah masuk ICU

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Siti Sarah yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat tahap oksigen tidak stabil.

Suaminya, pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan kondisi Sarah yang sedikit merosot dan memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua, pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Sebelum ini dalam laporan URTV, Sarah yang sedang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke HUKM disebabkan oksigen semakin menurun.

ARTIKEL BERKAITAN : Oksigen menurun, Siti Sarah dikejarkan ke hospital , Siti Sarah, Shuib & anak-anak positif Covid-19 , Pembantu rumah positif Covid-19, Siti Sarah risau bayi dalam kandungan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This