Rambut, antara mitos dan fakta. Ikat rambut buat kepala botak?

Dari Penulis

RAMBUT merupakan antara mahkota paling berharga bagi setiap wanita. Sama ada yang tidak bertudung mahupun  yang bertudung, penjagaan rambut sangat penting. Ini kerana rambut membentuk keterampilan dan keperibadian seseorang. Apatah lagi, kecantikan seseorang wanita bermula dari dalam iaitu keyakinan dan kepuasan diri sendiri.

Namun begitu, terdapat pelbagai versi mengenai penjagaan rambut yang betul. iSIHAT menyenaraikan beberapa mitos mengenai rambut anda.

MITOS 1

Perapi boleh memperbaiki rambut bercabang.

FAKTA

Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya bukan sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki kutikel sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yang telah bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.

MITOS 2

Jangan tidur dengan rambut basah kerana ia menyebabkan pertumbuhan kurap.

FAKTA

Tiada masalah sekiranya anda tidur dengan rambut yang basah. Tiada isu kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala sekiranya tidur dengan rambut basah. Amalan merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih, mengelakkan kulit kepala didatangi sebarang kurap mahupun bakteria.

MITOS 3

Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.

FAKTA

Jika difikirkan secara logik, bagaimana dengan hanya bersikat rambut 100 kali sehari mampu menumbuhkan rambut? Sebaliknya jika anda bersikat secara berlebihan dan ditambah dengan penggunaan sikat yang salah kutikel rambut boleh rosak.

MITOS 4

Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit.

FAKTA

Setiap orang perlu mempunyai sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

MITOS 5

Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih.

FAKTA

Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, selagi ia bertujuan untuk membersihkan keseluruhan rambut, hasilnya sama sahaja. Jangan membazirkan syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya mengikut keperluan.

MITOS 6

Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut.

FAKTA

Ya, apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar.

MITOS 7

Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan botak.

FAKTA

Apabila anda mengikat rambut dengan tegang, ia boleh menyebabkan alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Tekanan pada rambut dan kulit kepala menyebabkan rambut mudah gugur dan berlaku gejala botak atau alopecia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This