“Pagi mukmin petang kafir” Inilah umat tercela di akhir zaman

Dari Penulis

Tanda-tanda kiamat yang dikatakan sebagai fitnah adalah terlalu banyak. Saat ini umat Islam sedang bergelumang dengan badai fitnah akhir zaman yang menguji keimanan. Namun samakah fitnah akhir zaman itu dengan fitnah-memfitnah?

Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti kebangsaan Malayasia (UKM), Dr. Fadlan Mohd Othman, yang dimaksudkan dengan fitnah akhir zaman adalah perkara-perkara yang akan berlaku di akhir zaman yang menunjukkan bahawa kimat semakin dekat.

Di sini, maksud fitnah adalah merujuk kepada antaranya dari sudut bahasa bermaksud pembakaran, penyucian dan pembersihan. Penyucian melalui pembakaran. Kalau di dalam bahasa Arab diterjemahkan secara langsung, “saya memfitnah emas dari perak” membawa maksud emas dibakar untuk mengasingkannya dari perak. Di dalam bahasa Arab fitnah itu ada unsur-unsur yang keras yang akan menghasilkan sesuatu yang bersih.

Di dalam surah al-Buruuj:10, Allah berfirman

“Mereka yang memfitnah orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan…”

Kemudian diperhatikan ayat ini kepada ayat 4 dan 5

(“Celakalah kaum yang menggali parit, (parit) api yang penuh dengan bahan bakaran”).

Di dalam ayat itu  adanya perkataan parit besar dan api yang menyala-nyala. Jadi orang kafir memfitnah orang beriman dengan api yang menyala-nyala. Di situ ulama berpendapat bahawa fitnah itu adalah membakar yang ditafsirkan dari ayat itu.

Kemudian kita perhatikan lagi perkataan fitnah  yang disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 191,

…dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…”

Di dalam ayat itu yang dimaksudkan dengan fitnah adalah tekanan untuk mengeluarkan orang Islam dari Islam adalah lebih dahsyat. Fitnah di situ membawa maksud mengazab, menekan dan menyeksa seseorang yang cuba mengamalkan ajaran Islam.

Janganlah menjadi seperti yang Baginda s.a.w. katakan, pagi menjadi mukmin dan petang menjadi kafir

Yang menjadi salah faham yang sering diamalkan oleh kebanyakan orang hari ini adalah fitnah itu difahami sebagi fitnah-memfitnah atau tohmahan. Sebenarnya ia membawa maksud melarang daripada melakukan kebaikan.

Dari itu boleh dibuat kesimpulan bahawa fitnah akhir zaman ialah perkara yang bakal berlaku di akhir zaman yang akan mengganggu kepercayaan, keimanan, iltizam dan pegangan Muslim terhadap agama Islam.  

Akan berlaku fitnah dahsyat menyebabkan orang yang bangun pagi beriman dan petangnya menjadi jadi kafir. Mudahnya orang keluar dari Islam disebabkan tekanan dan fitnah yang melanda kita ketika itu. 

Ia secara jelasnya disebutkan di dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah bersabda  maksudnya,

Segeralah beramal sebelum datangnya  rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di mana seseorang pada waktu pagi hari mukmin lalu petang harinya menjadi kafir. Di petang hari mukmin lalu pagi harinya menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”

Kemudian Dr. Fadlan menyambung, banyak tanda-tanda kecil yang disebut oleh Rasulullah misalnya isyarat Rasulullah bakal munculnya fitnah dari arah timur. Dari Ibnu Umar bahawa  Rasulullah s.a.w. pernah berdiri di sebelah mimbar sambil menghadap ke Timur lalu bersabda,

“Ketahuilah sesungguhnya fitnah akan timbul dari sini dari tempat munculnya tanduk syaitan atau kata Baginda tanduk matahari”

Mengikut pendapat ulama hadis, timur itu ditujukan kepada Najaf (Iraq). Memang banyak fitnah yang akan datang dari situ. Itu memang ketentuan Allah bahawa fitnah akhir zaman banyak bermula dari situ dan sekarang fitnah itu pun sudah dapat dilihat seperti banyaknya berlaku pemalsuan hadis, ramai orang zalim dan kejahatan lain. Di samping itu, tidak boleh dinafikan juga di situ ramai orang alim dan bijak pandai.

Oleh itu sebagai umat Islam yang diberikan akal dan iman, pandulah diri agar tidak menjadi pemfitnah dan jauhilah perbuatan tercela ini agar kita menjadi umat yang diredai dan dikasihi Allah S.W.T.

Ingatlah, jangan kita sesekali mulakan dan marakkan lagi api fitnah yang asalnya kecil menjadi besar sehingga merosakkan masyarakat, agama dan negara. Jika boleh padamlah api fitnah tersebut dengan bertabayyun dan husnuzzon. Wallahu a’lam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This