COVID: 88 kes dikesan libat mesyuarat khas Parlimen, penambahan tiga kes baharu

Dari Penulis

SEJUMLAH 88 kes positif COVID-19 dikenal pasti sehingga kini termasuk penambahan tiga kes baharu berkaitan dengan Mesyuarat Khas Parlimen baru-baru ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, beliau memaklumkan sebanyak 85 kes positif dikesan berkaitan mesyuarat yang diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai lepas itu, termasuk 17 kes berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat melibatkan individu yang hadir ke sidang dan kontak rapat kes positif.

Menerusi kenyataannya hari ini, beliau berkata tiga kes baharu itu adalah berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat sebanyak 20 kes (sehingga 8 Ogos, pada 6.45 petang).

“Tiga kes baharu tersebut telah dilaporkan pada 7 Ogos dan mempunyai nilai kitaran ambang atau ‘CT value’ RT-PCR antara 19.15 sehingga 22.27 (bermaksud kadar kebolehjangkitan yang tinggi). 

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir. Kesemua mereka mempunyai gejala ringan dan sebelum ini telah pun mendapat vaksin lengkap,” katanya.

Baca artikel berkaitan:85 kes positif COVID-19 di Parlimen, 6 mungkin varian Delta

Dr Noor Hisham memaklumkan siasatan mengenal pasti kontak rapat kes semasa persidangan diteruskan Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan.

Hasil siasatan mendapati kes berkenaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin kendiri setelah pulang dari sidang Parlimen agar tidak menjangkiti ahli keluarga. 

Kes-kes yang dilaporkan itu disahkan hasil ujian RT-PCR, dengan 56 kes dikenal pasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat manakala lapan kes lagi daripada saringan Pra-Dewan Negara.

Beliau turut menasihati individu yang telah hadir ke Parlimen supaya terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera dan mendapatkan rawatan segera serta menjalani ujian saringan COVID-19 sekiranya bergejala. – BERNAMA

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This