SEBANYAK 24.54 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, seramai 15.77 juta orang menerima suntikan dos pertama manakala 8.77 juta lagi menerima dos kedua.
“Mengikut peratusan, 48.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 26.9 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan beliau, sebanyak 51.5 peratus populasi dewasa di Lembah Klang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
Bagi seluruh negara pula, vaksinasi lengkap untuk populasi dewasa kini merangkumi 37.5 peratus.
Baca artikel berkaitan: Indikator baharu peralihan PPN diguna bila negeri capai vaksinasi 50 peratus – Zafrul
Kes baharu akan memuncak, tapi dijangka turun sejajar peningkatan vaksinasi

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 389,641 dos diberikan semalam dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama manakala 232,825 lagi adalah dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

