Penolong jurutera MBIP, kontraktor ditahan palsu dokumen tuntutan RM350,000

Dari Penulis

SEORANG pemilik syarikat kontraktor dan seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi tujuan mendapatkan kelulusan kerja-kerja MBIP dengan nilai tuntutan lebih RM350,000.

Menurut sumber, kelulusan kerja-kerja MBIP itu melibatkan kerja mengikis permukaan jalan dan menurap semula jalan serta mengecat semula petak meletak kenderaan sepanjang 2018 hingga 2020.

“Kedua-dua individu lelaki dan perempuan berusia 36 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang, semalam di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

“Hasil siasatan mendapati penolong jurutera berkenaan telah bersubahat bersama pemilik syarikat kontraktor yang mempunyai dua syarikat berdaftar miliknya dengan mengemukakan dokumen dan sijil palsu,” menurut sumber itu di Johor Bahru hari.

Sumber mendedahkan dokumen dan sijil Perolehan Kerja Kerajaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Perakuan Pendaftaran CIDB Malaysia dan sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera dengan Kementerian Kewangan yang mengandungi butir matan palsu itu dikemukakan kepada MBIP bagi mendapatkan kelulusan kerja. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, Majistret Nurmadiana Mamat membenarkan permohonan reman ke atas kedua-dua individu bermula hari ini sehingga 14 Ogos depan. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This