110 kambing Boer seludup disyaki dari negara jiran dirampas

Dari Penulis

SEBANYAK 110 ekor kambing baka Boer bernilai RM165,000 yang disyaki diseludup dari Thailand dirampas Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) dalam satu kejadian di Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGA9, Supritendan Nor Azizan Yusof berkata, sepasukan anggota Strike Force mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan berdekatan lampu isyarat menghala ke Tanah Merah pada pukul 11.30 malam Sabtu lalu.

Menurutnya, pasukan itu bertindak mengekori lori itu selepas ia terlebih dahulu memintas kenderaan pasukan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Bagaimanapun tindakan itu disedari pemandu lori sebelum dia memberhentikan kenderaannya di satu kawasan perumahan berhampiran dan melarikan diri ke dalam hutan kecil berdekatan.

“Pemeriksaan ke atas lori itu kemudian menemukan 110 ekor kambing baka Boer disyaki diseludup dari negara jiran,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Azizan memberitahu, pihaknya kemudian membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas berhubung kejadian itu.

Ujarnya, kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM295,000 termasuk sebuah lori bernilai RM130,000.

“Kesemua rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk siasatan di bawah Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This