“Polis cari guna Interpol” – Caprice koyak tiket, takut nak balik Malaysia

Dari Penulis

PENYANYI rap Ariz Ramli atau Caprice menyatakan dia berasa takut untuk pulang ke Malaysia apabila mengetahui pihak polis mencarinya sehingga menggunakan khidmat polis antarabangsa (Interpol).

Penyanyi yang sedang berada di Jordan itu berasakan tidak selamat selepas polis Malaysia membuat kenyataan tersebut yang menunjukkan dia seolah-olah sedang bersembunyi atau melarikan diri dari pihak berkuasa..

“Punya kecoh pagi-pagi bangun baca berita macam nak nampak kita ni tengah mennyorok atau lari, sedangkan kita santai sahaja dekat sini jumpa ‘Embassy Malaysia’, Duta Palestin, dan sahabat-sahabat kat sini.

“Tiap kali Caprice ada buat ‘progress’ pasal Palestin… ada sahaja halangan/cerita baru. Sumpah Caprice penat,” katanya dalam hantaran Instagramnya hari ini dengan membuat tajuk hantaran ‘Kalau susah cari Caprice cari Sajat dulu’.

Kenyataan itu dipercayai dibuat sebagai menyindir pihak polis yang masih gagal mencari usahawan kosmetik Muhammad Sajjadd Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang dipercayai melarikan diri keluar negara selepas mempunyai kes mahkamah.

“Orang kata ada pihak (polis) cari kita? Amman to Ramallah. ❤ sapa-sapa tengah cari… polis ke.. Interpol ke.. mak mertua ke.. Zizan untuk ‘keychain’ firaun ka.. boleh sahaja whatsapp Caprice +6016901xxxx. Nombor ini ade dekat bio IG.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas kenyataan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meminta bantuan Interpol untuk menghubunginya.

BERITA BERKAITAN Interpol diminta kesan Nadir, Caprice bantu kes Ebit Lew

Sementara itu, Harian Metro melaporakan, Caprice menerusi sesi langsung Instagram malam tadi mengakui berasa tidak selamat di Jordan dengan tindakan polis Malaysia, selain takut untuk pulang ke tanah air.

Menurut Caprice, dia berasa kusut dengan situasi yang berlaku sekarang.

“Saya sudah beli tiket nak balik Malaysia, tapi apabila baca berita kata polis minta tolong Interpol cari, saya terus koyak tiket.

“Apabila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tidaklah saya nak balik Malaysia,” katanya.

Terdahulu, pihak polis mencari Caprice untuk membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik,” katanya.

Selain Caprice, PDRM turut memohon bantuan Interpol untuk berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Ebit Liew membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial baru-baru ini. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya sendiri bukan dari keluarga berada” – Kontroversi mulut celupar di Cameron Highlands, Kak Ika tampil jernihkan keadaan, nafi hina Ggolongan B40

SELEPAS teruk dihentam netizen di segenap platform media sosial, usahawan scone yang sedang hangat diperkatakan, Zamzam Zulaikha Abu Shah...

More Articles Like This