Empat pelajar Malaysia cedera kemalangan di Jordan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

EMPAT pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Mu’tah, Jordan dilaporkan cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Mohd Fared, dua daripada empat pelajar itu berasal dari Johor.

Beliau berkata, kejadian tersebut telah dimaklumkan kepadanya oleh Atase Pendidikan Johor di Kedutaan Mesir.

Mohd Fared memberitahu, dua pelajar dari Johor yang mengalami kecederaan itu dikenali sebagai Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurllkanian @ Zulkarnian.

“Saya dimaklumkan oleh Atase Pendidikan Johor di Kedutaan Mesir bahawa dua orang pelajar Johor mengalami kemalangan jalan raya di Jordan bersama dua lagi pelajar dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Baca artikel lain: Pesara tentera maut, anak cedera parah dirempuh kereta di Padang Besar

“Kedua-dua mereka (pelajar dari Johor) merupakan pelajar Tahun 1 pengajian Fiqh Wa Usul di Universiti Mu’tah.

“Alhamdulillah kedua-duanya dalam keadaan stabil. Bantuan dan keperluan sewajarnya akan disalurkan oleh Kerajaan Johor berdasarkan keadaan semasa,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, Mohd Fared memberitahu, pelajar yang berasal dari Wilayah Persekutuan itu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Seorang lagi pelajar yang berasal dari Selangor dilaporkan stabil.

“Marilah kita doakan mereka berempat kembali sihat dan dapat meneruskan pengajian mereka. Aaminn,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This