Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. GAMBAR: Abd Razak Aid

MUSLIM Care Malaysia (MCM) akan melaksanakan Misi Bantuan Kecemasan Palestin Mesir – Jordan sempena musim sejuk yang akan menjelma tidak lama lagi.

Untuk itu Penasihat MCM, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berlepas ke Jordan bagi menyertai misi yang memberi tumpuan kepada agihan barangan termasuk khemah, baju sejuk, stoking, lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

“Sebagai persiapan awal, MCM telah berada di Kaherah, Mesir sejak dua hari lalu untuk menyalurkan sumbangan kepada pelarian Palestin.

“Pasukan MCM juga telah meninjau persiapan barangan bantuan yang kini dimuat naik ke dalam tiga lori kontena di sebuah gudang di pinggir bandar raya Kaherah sebelum dihantar ke Gaza,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Pok Nong ikan celup tepung meninggal dunia

Meskipun semua laluan penghantaran bantuan ke Gaza pada masa ini dikatakan tertutup, MCM menerima berita gembira apabila 5.5 tan daging korban sejuk beku yang dihantar hampir tiga bulan lalu berjaya tiba di Gaza.

“Kos keseluruhan misi bantuan ini mencecah RM400,000. MCM turut menghantar wang tunai berjumlah lebih RM150,000 kepada wakil MCM di Gaza, Abu Ayesh bagi tujuan pembelian makanan untuk diagihkan kepada penduduk Gaza yang memerlukan.

“Datuk Seri Dr Zulkifli menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang serta mendoakan agar misi ini berjaya mencapai matlamatnya dalam membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik yang berterusan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare