“Ikuti ucapan saya pada jam 5.30 petang hari ini,” demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi media sosialnya tengah hari tadi.
Ucapan sulung beliau itu akan disiarkan secara langsung di Facebook UtusanTV dan di stesen televisyen utama negara.
Ismail Sabri, 61, yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan semalam.
Bagi kebanyakan penganalisis, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan segera khususnya COVID-19 dan hala tuju pemulihan ekonomi.
Ini termasuk perancangan ketika negara bakal mencapai imuniti kelompok menjelang akhir Oktober hasil kerancakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula akhir Februari lalu.

