ScaleUp Malaysia lancar program Kohort 3, bantu usahawan masuki pasaran global

Dari Penulis

SCALEUP Malaysia, agensi penggalak pembangunan usahawan hari ini melancarkan program Kohort 3 yang menyasarkan syarikat ‘scaleup’ berpotensi tinggi mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Quest Ventures, sebuah firma modal teroka serantau yang berpusat di Singapura telah memasuki tahun kedua bekerjasama dengan ScaleUp Malaysia dalam membangunkan 20 usahawan dan juga melabur bersama terhadap 10 syarikat pemula dalam program Kohort 2.

Indelible Ventures, dana yang berpusat di AS dengan mandat untuk melabur dalam syarikat permulaan Malaysia, meletakkan sasaran meningkatkan syarikat skala teknologi dengan produk B2B berpotensi untuk berkembang di peringkat antarabangsa, yang menjadikannya rakan strategik di masa hadapan.

Dalam Kohort 3, Quest Ventures akan melabur bersama ke dalam tujuh syarikat, manakala Indelible Ventures akan melabur ke dalam lima syarikat dalam kohort ini.

XELIA TONG (kiri) dan Jeffrey Seah

Rakan Pengurusan (Managing Partner) Scaleup Malaysia, Xelia Tong berkata, perkongsian pelaburan akan menghasilkan jumlah pelaburan sekitar AS$1 juta (RM4.23 juta) untuk membangun dan mengembangkan syarikat ‘scaleup’ di Malaysia, dengan menyasarkan 20 syarikat akan disenarai pendek untuk permohonan Kohort 3.

Katanya, untuk Kohort 3, ScaleUp Malaysia sedang berusaha untuk bekerjasama dengan lebih banyak syarikat ‘scaleup’ untuk memasuki potensi pasaran serantau dan global.

“Memanfaatkan pengalaman rakan kongsi global dalam membantu syarikat ‘scaleup’ berjaya keluar daripada pasaran tempatan akan menjadi kunci untuk pembangunan program Kohort 3,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

BERITA BERKAITAN MEEDC sasar buka pusat khidmat usahawan di semua Parlimen

Syarat untuk menyertai program Kohort 3 adalah syarikat perlu mempunyai model perniagaan atau operasi yang mampu ‘mengganggu’ pasaran sedia ada atau mempunyai rumusan yang bersedia menghadapi cabaran dan memanfaatkan setiap peluang ekonomi pada masa depan.

Program ScaleUp Malaysia ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada pemohon dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 September ini.

Peserta akan disenarai pendek berdasarkan lima kriteria utama, iaitu:

1) Produk atau perkhidmatan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang sangat besar untuk pasaran Malaysia, ASEAN dan antarabangsa,

2) Mampu membuktikan produk/perkhidmatan mempunyai kesesuaian pasaran,

3) Bersedia berusaha mendapat dana di masa depan,

4) Telah menjana keuntungan dan

5) Mempunyai pengasas yang bersemangat dan berdaya maju.

Rakan perniagaan Quest Ventures, Jeffrey Seah berkata, pengalaman bekerja dengan pasukan ScaleUp Malaysia dalam Kohort 2 sebelum ini meningkatkan keyakinan terhadap potensi syarikat di Malaysia.

“Dalam Kohort 3, kami ingin melangkah lebih jauh dengan membantu para pengasas syarikat itu mengembangkan pemikiran dan menyempurnakan pendekatan mereka dalam meningkatkan perniagaan, dengan mendedahkan mereka kepada rangkaian kami di rantau ini dan seluruh dunia,” katanya.

Dua puluh syarikat yang disenarai pendek dari permohonan Kohort 3 akan memulakan perjalanan program pada Oktober ini sebelum membentangkan rumusan mereka di hadapan Jawatankuasa Pelaburan pada akhir program.

Sebagai sebahagian daripada program kerjasama, Kohort 3 ScaleUp Malaysia yang diusahakan bersama Quest Ventures dan Indelible Ventures, syarikat yang dipilih oleh Jawatankuasa Pelaburan akan menerima pelaburan sekurang-kurangnya AS$59,000 (RM250,000).

“Kami memutuskan untuk bekerjasama dengan ScaleUp Malaysia kerana sama-sama mempunyai pendekatan nilai tambah yang umum serta mengiktiraf Malaysia, walaupun kurang diwakili dalam lanskap dana teroka serantau, memiliki bakat dan kemampuan untuk menjadi pemimpin di rantau ini.

KEVIN BROCKLAND

“Ia memerlukan ciri-ciri tertentu untuk menjadi usahawan yang berjaya, iaitu gabungan semangat, pengetahuan dan inovatif. Kami mengambil pendekatan nilai tambah yang tinggi dengan setiap pelabur untuk membangun strategi dan melaksanakan pertumbuhan hingga mampu memasuki skala antarabangsa,” kata Rakan Pengurusan Indelible Ventures, Kevin Brockland CFA.

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), melalui kerjasama awam dan swasta dengan ScaleUp Malaysia telah mengumumkan pada Mac lalu juga akan memberikan akses kepada para usahawan untuk mengambil bahagian dalam program dan inisiatif MaGIC, termasuk Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS), Program Pasaran Global (GMP) dan MyStartup Hub, yang boleh disertai oleh syarikat pemula dan lain-lain tahap.

Untuk maklumat lanjut mengenai ScaleUp Malaysia dan permohonan menyertai Cohort 3, sila layari: https://www.scaleup.my/cohort-3 – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This