“Usul undi percaya di Parlimen tidak perlu, dunia akan ketawakan kita kalau tukar PM lagi ” – Tun M

Dari Penulis

USUL undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen tidak lagi perlu dilakukan kerana memberi risiko berulang pergolakan politik dalam negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak fikir perkara itu (elok dilakukan) kerana kita tak nak tukar sekali lagi Perdana Menteri.

“Kalau ke Parlimen, dia (Ismail Sabri) tak dapat majoriti, (Perdana Menteri) kena tukar lain dan dunia ketawakan kita,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, Langkawi ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya undi percaya terhadap Perdana Menteri dibuat segera di Parlimen.

BERITA BERKAITAN GPS terus sokong PN, usul undi percaya tindakan bijak

Memetik laporan Harian Metro,ketika mengulas slogan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenal Ismail Sabri, Dr. Mahathir berkata, slogan itu perlu disusuli cara bekerja oleh pemimpin dan rakyat.

“Kalau tukar slogan, tapi buat kerja macam itu juga tak guna… mengarut sahaja dan kita khuatir dia (Ismail Sabri) boleh bawa cara baharu atau tidak.

“Kalau kita lihat dari segi penyokong kerajaan adalah orang sama… tiada beza langsung, cuma yang tukar Perdana Menteri,” katanya.

Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan Sabtu lalu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Scotland raih tiga mata, Haiti beri tentangan sengit

SCOTLAND mungkin meraih tiga mata penuh menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Haiti dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia...

More Articles Like This