Anwar, Guan Eng, Mohamad Sabu adakan pertemuan dengan PM di Putrajaya

Dari Penulis

TIGA pemimpin Pakatan Harapan (PH) tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya petang ini bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu tiba secara serentak pada jam 2 petang tadi menaiki kenderaan berasingan.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pertemuan antara pemimpin tertinggi PH itu bersama Perdana Menteri adalah atas jemputan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

BERITA BERKAITAN PH sedia pertimbang pelawaan sertai MPN

Ismail Sabri dilaporkan berkata, tiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti-parti pembangkang walaupun ura-ura mengenai perkara itu begitu banyak diperkatakan.

Namun, beliau menawarkan kerjasama dengan pembangkang melibatkan isu COVID-19 dan pemulihan ekonomi melalui tawaran penyertaan mereka di dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

PH dalam kenyataan hari ini menyatakan sedia mempertimbangkan tawaran Perdana Menteri tersebut.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama menyatakan ia penting untuk bersama-sama menangani pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi, serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan kerajaan semata-mata. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This