“Being a single parent bukan senang,” – Antara keletah anak bergaduh dan ketenangan Shuib

Dari Penulis

Berkongsi keletah dua anaknya,  Uwais Alqarni, 10, dan Dzahira Talita Zahra, 8, bergaduh manja mencuit hati netizen yang melihat, Shuib dilihat cukup tenang dan bersahaja mengendalikan situasi.

Menerusi video yang dikongsi di laman Youtube miliknya, pelawak dan usahawan itu hanya tersenyum dan memeluk kedua-dua anaknya dan meminta mereka bermaafan dan berdamai.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji didikan yang diterapkan Shuib dan menyatakan tidak mudah menjadi bapa tunggal dalam membesarkan anak-anak.

Malah, ada yang juga menangis dan merasai peritnya membesar tanpa ibu di sisi.

Terdahulu allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu. Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.

Sumber : Shuib


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This