“Nasi lemak viral punya pasal,” – Shaheizy Sam terharu rider sanggup beratur 3 jam demi nasi lemak

Dari Penulis

Pelakon popular, Shaheizy Sam meluahkan penghargaan buat rider penghantaran makanan yang baginya cukup profesional dalam melunaskan tanggungjawab kepada pelanggan.

Malah, dia cukup terharu apabila petugas terbabit sanggup beratur daripada pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi hanya kerana satu pesanan makanan yang dibuat. Sam turut mengandaikan masa tiga jam tersebut menyebabkan rider berkenaan terpaksa menolak pesanan lain.

“Nasi Lemak Viral punya pasal ?. Kejadian bermula dari jam 8am sampai 11am tadi. Kita faham dalam kerja di bawah panas, kesabaran kita pasti diuji tapi kebanyakan mereka dapat kawal dan memikul tanggungjawab dengan sgt professional. Betul la org cakap, adab dan budi bahasa yang baik pasti boleh cairkan hati sesiapa pun, walaupun dengan customer yg susah nak bertoleransi (yg terlalu berpegang pada phrase “Customer Always Right) ?

Harap semua rider dapat menjaga nama baik yg kebanyakan rakan2 awak dah bina ni. Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua, dilimpah ruahkan rezeki dan dilindungi Allah SWT selalu. Thank you utk hari ni kakar0ctz.”

Foto : Shaheizy Sam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This