Adik kecil namakan anak kucing ‘Tupperware’ agar ibu tidak membuangnya

Dari Penulis

SEMEMANGNYA kita mengetahui ramai wanita terutama golongan ibu-ibu sememangnya sangat menyukai pinggan mangkuk atau barangan dapur berjenama ‘Tupperware’ sejak sekian lama.

Ada antara mereka yang sanggup berhabisan wang untuk mengumpul koleksi pinggan mangkuk jenama tersebut, sehingga ada yang membelinya secara ansuran.

Atas kefahaman tersebut, seorang kanak-kanak di negara jiran bernama ‘Aji’ menamakan seekor anak kucing yang ditemuinya dengan jenama ‘Tupperware’ kerana mengetahui ibunya sangat menyukai jenama tersebut.

Memetik berita di Suara.com, anak kecil itu beranggapan dengan memberikan nama tersebut, si ibu pasti tidak membuangnya kerana Tupperware adalah jenma yang sinonim dengan barangan kesayangan ibunya di rumah.

“Ada kucing melahirkan di rumah, ku kasih nama anaknya Tupperware biar nggak (tidak) dibuang mamakku (ibuku),” tulis hantaran di akaun Facebook/diantisanti.

BERITA BERKAITAN Wanita kena scam kerana percaya iklan kucing British Shorthair berharga murah

Foto yang dimuatnaik ibunya jelas menunjukkan betapa anaknya cukup sayang kepada Tupperware hingga kisahnya tular di media sosial di Indonesia.

Rata-rata warganet yang membaca kisah anak kecil ini memberi komen yang agak lucu kepadanya.

“Aji lucu banget, eh pintas kasih nama,” ujar Sri Purwanti.

“Bagus ji, jenius memang Aji ini,” kata @nanaradiashanty.

“Sekalian ji kasih namanya IPhone biar nggak dibuang,” ujar @yuniirtika.

“Pintar Aji, dibuang nggak, kasih pinjam tetangga boleh,” ucap @ellyt.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This