Pemergian Allahyarham satu kehilangan buat negara – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat COVID-19 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, pagi tadi.

Sambil mendoakan semoga segala khidmat baktinya mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT, Ismail Sabri berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada negara.

“Allahyarham semasa hayatnya juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Semoga segala khidmat bakti Allahyarham mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT dan semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya.

Baca artikel berkaitan: Lajim Ukin meninggal dunia akibat COVID-19

Lajim merupakan sahabat dan rakan seperjuangan – Muhyiddin

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.23 pagi tadi.

Jenazahnya akan disemadikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort, Sabah.

Sepanjang hayatnya, Lajim, 66, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama tenaga, jamin bekalan minyak jangka panjang

MALAYSIA dan Rusia meneroka kerjasama strategik baharu dalam sektor tenaga, termasuk usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan minyak jangka...

More Articles Like This