14.48 juta penduduk Malaysia sudah lengkap divaksin

Dari Penulis

SEBANYAK 14.48 juta individu di Malaysia sudah lengkap divaksinasi setakat semalam.

Menurut media sosial Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), jumlah itu merangkumi 61.9 peratus populasi dewasa.

Daripada infografik yang disertakan, Labuan, Lembah Klang dan Sarawak mencatatkan kadar vaksinasi lengkap melebihi 80 peratus populasi dewasa.

Bagi dos pertama pula, sebanyak 82.2 peratus populasi dewasa di Malaysia atau 19.24 juta individu telah menerimanya.

Ini menjadikan keseluruhan dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini berjumlah 37.72 juta sejak dilancarkan akhir Februari lalu.

Lembah Klang yang mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi sejak bulan lalu menyaksikan 5.51 juta penduduk dewasanya lengkap menerima dua dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: COVID-19: Kapasiti hospital di Selangor makin lega, turun 35 peratus

KKM kendali program vaksin, MOSTI tumpu R&D – PM

Jumlah itu merangkumi 89.5 peratus penduduk dewasa di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Sementara itu, sebanyak 336,642 vaksin diberikan semalam dengan tertinggi di Johor melibatkan 33,424 dos pertama dan 27,157 dos kedua.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama tenaga, jamin bekalan minyak jangka panjang

MALAYSIA dan Rusia meneroka kerjasama strategik baharu dalam sektor tenaga, termasuk usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan minyak jangka...

More Articles Like This