Parti persendirian di kondo, penjawat awam antara ditahan

Dari Penulis

SEPULUH lelaki dan tiga wanita yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 17 hingga 27 tahun didapati terlibat dengan penganjuran sebuah parti persendirian di Johor.

Salah seorang dari mereka merupakan penjawat awam lelaki berusia 27 tahun.

Parti persendirian yang disertai mereka itu berlangsung di sebuah pangsapuri di Medini, Iskandar Puteri, Johor pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 4 pagi.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati sembilan lelaki dan dua wanita positif dadah jenis methaphetamine.

Private party ini dipercayai bermula pada kira-kira 9 malam, Sabtu dan dipercayai berakhir awal pagi Ahad.

“Penganjur dipercayai mengajak kesemua yang terlibat melalui aplikasi WhatsApp tanpa mengenakan sebarang bayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pesta mabuk ketum, 10 direman termasuk penjawat awam

Dzulkhairi berkata, polis turut merampas satu set pembesar suara dan satu unit lampu pencahayaan pentas.

Katanya, dua daripada tahanan mempunyai rekod berstatus dikehendaki atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This