Resipi kek pandan berlapis

Dari Penulis

.Resipi kek pandan berlapis ini wajib dicuba oleh penggemar kek. Rasanya sedap dan teksturnya yang sangat lembut dan gebu. Berbaloi untuk dicuba dan sesuai dinikmati bila-bila masa.

BAHAN KEK SPAN
200 gm tepung kek span vanila
4 biji telur
2 sudu besar esen pandan
100 gm mentega -cairkan

BAHAN KAYA
500 gm kek span (dibahagi 3 lapis)
150 gm gula halus
1 sudu kecil garam
50 gm tepung hoen kwe
50 gm serbuk jeli
2 biji telur
100 ml jus pandan
300 ml santan
1200 ml air

CARA:

  1. Pukul kesemua bahan sehingga sebati dan masukkan mentega.
  2. Tuang ke dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar.
  3. Bakar sehingga masak pada suhu 180?C.
    4.Untuk bahan kaya:Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
    5.Kacau sehingga sebati dan likat, sejukkan sebentar.
  4. Dalam loyang, letakkan selapis kek pandan, kemudian tuangkan selapis pandan kaya.
  5. Biarkan sejuk sebentar kemudian lapiskan lagi sehingga tiga lapis.
  6. Di lapisan yang atas taburkan dessicated coconut. Simpan di dalam peti dan boleh lah di hidangkan.
Resipi: Fatimah Homebaking, Kuantan

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This