.Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi lobak merah yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.
BAHAN
2 cawan beras basmathi
1 batang lobak merah
2 ½ cawan cair
½ cawan susu cair
1 helai daun pandan
½ labu bawang besar- hiris halus
Rempah 4 beradik
1 kiub pati ayam
2 sudu besar mentega
Gajus dan daun pudina
CARA
- Cuci beras, rendam selama 20 minit .Kemudian toskan.
- Ambil setengah bahagian lobak merah, kisar bersama 2 ½ cawan air.Kemudian tapis. Setengah bahagian lagi disagat halus.
- Panaskan periuk, cairkan mentega .Tumis kulit kayu manis,pelaga, bunga lawang dan bawang besar yang dimayang halus.Tumis hingga terbit baud an bawang sedikit layu.
- Kemudian masukkan daun pandan simpul, tumis sekejap untuk membangkitkan aroma.
- Masukkan air karot tadi (2 ½ cawan),susu cair, kiub pati ayam.
- Masukkan beras basmathi dan juga karot yang disagat tadi.Tinggal sedikit karot sagat untuk hiasan.
- Bila nasi kering, kecilkan api.Taburkan lebihan lobak merah sagat di atas nasi.Biarkan nasi masak sepenuhkan.
- Selepas nasi masak, gemburkan nasi dan masukkan gajus dan daun pudina


