Bagi penggemar hidangan berkuah, resipi sup ayam kampung perkongsian Rohana Abu Samah ini antara yang harus anda cuba. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN:
1 ekor ayam kampung
2 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1 labu bawang besar dihiris
1 sudu besar rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
Air secukupnya
3 biji kentang
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
3 biji buah keras

CARA:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang hingga harum dan garing.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah sup dan kurma. Rempah boleh dicampurkan air untuk jadikan pes.
  4. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika pekat boleh masukkan sedikit air.
  5. Apabila semua sudah garing masukkan ayam. Biarkan mereneh hingga ayam empuk. Kemudian masukkan kentang masak hingga kentang empuk.Akhir sekali masukkan garam.
Resipi: Rohana Abu Samah