SALAH sebuah anak syarikat Kumpulan Shapadu iaitu Shapadu CR Asia Sdn. Bhd. mengorak langkah ke hadapan selepas berjaya mendapatkan pengiktirafan dalam sistem kualiti pengurusan Sijil ISO 9001:2015.
Pengiktirafan sijil itu adalah untuk industri minyak dan gas beserta petrokimia bagi operasi Shapadu CR Asia yang dijalankan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.
Pengurus Besar Shapadu CR Asia, Rano Arif Musa berkata, pengiktirafan sijil itu merupakan penanda aras syarikat dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Beliau mewakili pihak pengurusan juga berterima kasih kepada semua kakitangan Shapadu CR Asia yang terlibat dalam menitikberatkan kualiti pekerjaan sehingga berjaya memperoleh pengiktirafan Sijil ISO 9001:2015 itu.

Sejak awal beroperasi, Shapadu CR Asia telah memulakan persediaan bagi mendapatkan sijil tersebut dengan syarikat telah pun memperoleh secara rasmi menerusi audit yang dilaksanakan oleh Bureau Veritas (M) Sdn. Bhd.
Menerusi pengauditan yang dijalankan, Shapadu CR Asia telah berjaya melepasi semua kelayakan pensijilan mengikut kepada piawaian antarabangsa yang ditetapkan bagi sijil berkenaan.
Kejayaan memperoleh Sijil ISO 9001:2015 itu bermakna Shapadu CR Asia juga telah lebih bersedia bergerak ke hadapan dalam menjalankan operasi syarikat serta mengembangkan perniagaan dalam industri minyak dan gas dengan lebih kukuh.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

