Shapadu CR Asia jalin kerjasama dengan JTDC bangunkan bakat di Johor

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SHAPADU CR Asia Sdn Bhd (Shapadu CR Asia) mengorak langkah baharu dalam meluaskan rangkaian peluang kerjaya rakyat Johor dengan menandatangani nota kerjasama dengan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC).

Pengurus Besar Shapadu CR Asia, Rano Ariff Musa berkata, kerjasama itu dijangka dapat menghasilkan banyak peluang pekerjaan yang dapat dipenuhi bagi setiap kekosongan khususnya dalam pelbagai bidang minyak dan gas.

Kata beliau, kerjasama itu juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran individu, selain merancang, membina serta melaksanakan program berkenaan.

Untuk rekod, kolabrasi Shapadu CR Asia dan JTDC adalah atas dasar persetujuan bersama untuk merancang, membina serta melaksanakan program pembangunan bakat yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Selain itu, turut menjadi fokus adalah kerjasama dalam bidang yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran.

Di samping itu, mengadakan lain-lain kerjasama yang dirasakan perlu dengan persetujuan kedua-dua pihak.

Terdahulu, majlis dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Persada Convention Centre, Johor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This