Raja Muda Selangor nafi dakwaan mempunyai kaitan pembangunan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Dari Penulis

ISU pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNR) yang dicadangkan kerajaan negeri Selangor semakin hangat diperkatakan ketika ini sehingga ada pihak yang mengaitkan projek pembangunan di kawasan tersebut dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sharaduddin Idris Shah.

Sehubungan itu, Tengku Amir Shah hari ini mengeluarkan titah kenyataan rasmi menafikan dakwaan tersebut sambil menyatakan baginda merupakan individu yang sangat mengambil berat mengenai isu alam sekitar dan impak berkaitannya.

Berikut ialah kenyataan penuh tersebut:-

TITAH KENYATAAN RASMI RAJA MUDA SELANGOR TENGKU AMIR SHAH

“BETA begitu terkesan akan isu alam sekitar dan mengambil maklum bagaimana pembangunan meninggalkan impak mendalam terhadap perubahan iklim, generasi akan datang, bahkan kesan yang tidak dapat kita pulihkan.

Kawasan hutan, terutamanya kawasan hutan paya gambut memainkan peranan yang penting dan nadi utama dalam penyerapan karbon bagi memastikan kadar pemanasan global dapat diatasi.

Hutan paya gambut juga merupakan habitat semula jadi bagi flora dan fauna dan jika habitat ini pupus, keseimbangan alam sekitar kita boleh terancam.

Berhubung isu Kuala Langat North Forest Reserve (KLNR), Beta mengambil maklum bahawa terdapat beberapa golongan yang mempercayai bahawa Beta telah mendapat keuntungan daripada keputusan pembangunan di kawasan tersebut.

Ingin Beta tegaskan disini bahawa Beta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Syarikat Gabungan Indah Sdn Bhd mahupun pembangunan tersebut.

Beta berharap semua pihak dapat memainkan peranan dalam memikul tanggungjawab untuk memelihara dan memulihara tanah air kita. Kuatkuasakan undang-undang dan terus menjadi pelindung kepada komuniti setempat.

Wujudkan komuniti lestari, prihatin, empati dan berpandangan jauh agar dapat memelihara alam sekitar. Rakyat Selangor tidak mahu merasa kehilangan khazanah permata ini.

Selaku warga Malaysia, semua pihak harus bersatu tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memelihara alam ini. Tebus kekhilafan lalu dengan menyelamatkan alam sekitar hari ini.”

?

DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
RAJA MUDA SELANGOR
Istana Mestika
4 September 2021


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Putra tidak bertanding, dukacita layanan PN

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat keputusan muktamad untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perkara itu dinyatakan...

More Articles Like This