Adly Zahari dilantik Naib Presiden Amanah, ganti Husam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) baharu menggantikan Datuk Husam Musa yang meletakkan jawatan September tahun lalu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pelantikan Adly yang juga Pengerusi Amanah Melaka selaras dengan aspirasi parti itu untuk menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis.

Kata beliau, ia bagi menerajui kepemimpinan parti dan negara pada masa hadapan.

“Kami yakin pelantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Amanah sebagai parti yang membawa mesej ‘Rahmatan lil aalamin’ dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Semalam ADUN Amanah, hari ini bekas pemimpin STAR pula dituduh cabul

Adly, 50, sebelum ini merupakan Bendahari Agung Amanah.

Selaras dengan matlamat parti, Amanah turut melantik Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Adly selaku Bendahari Agung.

Adly pernah menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka bermula 11 Mei 2018 sehingga 2 Mac 2020 setelah Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketika dalam parti PAS beliau pernah memegang beberapa jawatan termasuk Pesuruhjaya PAS Melaka, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada September tahun lalu, Husam meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Amanah namun kekal sebagai ahli parti itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This