Kepercayaan terhadap barangan tempatan meningkat di musim pandemik – Oxwhite

Dari Penulis

JENAMA gaya hidup tempatan Oxwhite optimis mampu mencapai sasaran pertumbuhan jualan sebanyak 130 peratus menjelang akhir tahun ini berdasarkan peningkatan sokongan terhadap jenama tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengasas Oxwhite, CK Changr mengatakan, walaupun pandemik COVID-19 telah memberikan impak besar kepada pelbagai industri pada tahun lepas, jenama itu masih mampu mencatatkan pendapatan sebanyak RM15 juta.

Katanya, berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Oxwhite yang bertajuk “Locals for Lokal” yang melibatkan 3,030 rakyat Malaysia baru-baru ini, 78.1% responden mengatakan bahawa kepercayaan mereka terhadap jenama tempatan telah meningkat sejak beberapa bertahun ini.

Kajian yang dilakukan bersama dengan satu lagi jenama tempatan lain, Tanamera itu juga menunjukkan bahawa 54.2% responden bersedia membayar harga yang lebih tinggi untuk sesuatu produk tempatan sekiranya kualiti produk tersebut lebih baik daripada jenama asing.

“Sebagai pemilik jenama, memanglah kami berbesar hati apabila mengetahui bahawa ramai penyokong jenama tempatan dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Masih berbaloikah beli Sudio Tolv pada tahun 2021?

Menurut kajian itu juga katanya, antara faktor-faktor utama yang menyebabkan masyarakat Malaysia memilih jenama tempatan ialah harga (87.4%), kualiti (84.5%) dan untuk menyokong ekonomi tempatan (66.1%).

Tambahnya, memandangkan pembeli dalam talian lebih memberi perhatian terhadap penjualan dua digit di platform e-dagang pada akhir tahun, Oxwhite akan memanfaatkannya menonjolkan kualiti dan nilai daripada jenama tempatan.

“Kami akan memberikan potongan harga yang menarik dan penghantaran percuma untuk lebih banyak pelanggan baru dan usaha ini sedang berjalan dengan jualan 9.9 Deals kami yang bermula 1 September.

Melalui tawaran-tawaran ini, kami percaya bahawa lebih ramai lagi masyarakat tempatan dapat merasakan pengalaman baik yang ditawarkan  jenama tempatan”.

Oxwhite turut akan menawarkan nilai tambahan yang lebih menarik kepada pelanggan mereka promosi penghantaran percuma dan harga serendah RM9.90.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This