[VIDEO] Lelaki mengamuk dengan galah sabit atas kereta polis ditahan

Dari Penulis

SEJAK pagi tadi tular rakaman video amukan seorang lelaki yang ‘menyabit’ dari atas kereta peronda polis.

Kejadian yang melibatkan lelaki kurang siuman itu berlaku di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak pagi tadi.

Polis kemudian berjaya menahan lelaki berusia 60-an itu setelah dibantu pihak bomba yang menyembut air ke arah individu berkenaan.

Difahamkan, video tersebut telah dirakam oleh orang awam sebelum tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan yang berdiri di atas kereta peronda polis menghayunkan galah sabit sambil menjeritkan sesuatu.

Terdahulu, lelaki itu dilihat cuba memasuki pekarangan Balai Polis Gopeng tetapi berjaya dihalang.

Dalam usaha polis menahannya, dia kemudian memanjat kereta peronda sambil menghayun galah sabit berkenaan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gopeng difahamkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat berhubung insiden tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This