Ladang di Pekan antara lokaliti dikenakan PKPD

Dari Penulis

DUA lokaliti, masing-masing satu di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin hingga 26 September.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, selain itu, Kampung Ulu Groh di Kampar, Perak juga dikenakan PKPD bermula esok hingga 25 September ini.

“Di Pahang, lokaliti terlibat ialah Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif di kawasan Pekan manakala di Sabah pula melibatkan Taman Semarak Megah di Tawau.

“Prosedur operasi standard bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: 19,550 kes baharu, KL 555, N. Sembilan bawah 200 kes

Dalam pada itu, Rodzi berkata beberapa lokaliti di Pahang dan Sabah yang dikenakan PKPD pada 30 dan 16 Ogos lepas akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Menurutnya, lokaliti di Pahang membabitkan Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Perlok di Jerantut manakala lokaliti di Sabah membabitkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai di Putatan serta Kampung Tuhau di Kudat.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This